
Bayi akan rasa lebih selesa . Oleh kerana lapisan dalam cloth diaper ini di lapik dengan sejenis kain kapas khas bayi rasa lebih selesa dan kering. Ini berbeza dengan dengan lampin pakai buang yang di perbuat dari bahan sintetik yang mengakibatkan rasa panas , tiada pengudaraan dan merengsa kulit.
Tidak membahayakan kesihatan bayi. Oleh kerana cloth diaper ini di perbuat dari kain, kesihatan bayi anda lebih terjamin kerana lampin kain ini tidak mengandungi bahan kimia .Lampin pakai buang di perbuat dari pulpa( kertas ) yang menghasilkan bahan kimia dan boleh mengancam kesihatan dan nyawa bayi.
Cepat kering bila di cuci Anda tak perlu risau setiap kali anda mencuci lampin kain ini kerana ia mudah kering dan boleh di pakai semula dalam masa 2 jam. Lampin kain ini juga tidak memerlukan pencahayaaan yang berlebihan untuk proses pengeringan. Mudah di pakai dan di ubah suai Lampin kain ini mudah di ubahsuai mengikut umur bayi kerana ia di jahit bersekali dengan butang . Hanya lekatkan butang dan ubah lampin dari saiz S , M dan L mengikut usia bayi anda. Kesemuanya hanya dengan sehelai lampin kain. Ia amat menjimatkan wang anda ! Biasanya seorang bayi akan menggunakan lampin sehingga berumur 2 tahun ke 2 tahun setengah. Jadi mereka akan menggunakan kira-kira 2 x 12 x 30 = 720 hari @ 2.5 x 12 x 30 = 900 hari Katakanlah setiap helai kain lampin pakai buang berharga RM0.45 dan seorang bayi memakai 5 helai lampin sehari semalam. Jadi; 720 x 0.45 x 5 = RM 1620 @ 900 x 0.45 x 5 = RM 2025 Manakala lampin pakai buang yang kami tawarkan hanya RM 22.00 – RM 30.00 jadi katakanlah seorang bayi memakai 5 helai lampin pakai buang sehari jadi RM 22.00 x 10 helai ( andaikan sehari pakai dan dibasuh keesokannya) = RM 220.00 seumur hidup bayi ( dan boleh dipakai untuk adiknya ) @ RM 30.00 x 10 helai = RM 300.00 JADI ANDA JIMAT: RM 1400.00 HINGGA RM 1805.00 !!! Apa agaknya yang dapat anda beli dengan wang sebanyak itu? Rekaan yang sungguh unik dan moden ! Tak seperti lampin kain terdahulu, cloth diaper ini tak perlu di lipat seperti lampin kain biasa sebelum di pakai . Ini kerana ia di lengkapkan dengan poket khas untuk di masukkan pelapik atau insert yang menyerap air kencing yang kuat daya serap. Hanya masukkan pelapik kedalam poket khas dan bayi anda sedia untuk menggunakannya. Warna -warna yang memikat ! Cloth diaper ini tersedia dalam warna yang terang dan nampak cantik bila di pandang. Bayi anda kelihatan sungguh ' cute' dan tak perlu memakai seluar lain lagi kerana ia sudah kelihatan bergaya dengan cloth diaper rekabentuk moden ini. Warna yang terang juga menyebabkan ia tak mudah cepat kotor dan nampak kusam bila di cuci selalu. Tak mudah bocor ! Oleh kerana bahagian luar cloth diaper ini di perbuat dari sejenis bahan kalis air yang di panggil polyutherane (PUL) , ia tak mudah bocor dan membasahkan seluar bayi atau tilam katil anda.